Tuesday, 26 April 2016

Jalur lebar kelajuan ultra tinggi 1,000Mbps di Cyberjaya



CYBERJAYA: Aries Telecoms (M) Bhd dan Setia Haruman Technology Sdn Bhd (SH Tech) bekerjasama menyediakan perkhidmatan teknologi jalur lebar IPv6 terpantas dengan kelajuan mencecah 1,000 megabait sesaat (Mbps) atau 1 gigabait sesaat (Gbps), dikenali sebagai Aries Infinity. Ini menjadikan Malaysia segelintir kecil negara dunia dan pertama di rantau Asia Tenggara yang mempunyai teknologi berkepantasan sedemikian. Pengerusi Aries Telecoms, Datuk Zuraidi Rahim, berkata buat permulaan Aries Infinity kini disediakan kepada pemilik perniagaan di perbandaran pintar, Cyberjaya. Beliau berkata, perkhidmatan itu disediakan menerusi liputan infrastruktur gentian optik di Cyberjaya yang dipasang oleh Aries Telecoms, yang beroperasi sejak tahun 1996. "Gentian optik itu meliputi hampir semua atau 90 peratus bangunan di Cyberjaya, menjadikan perkhidmatan Aries Infinity sedia digunakan pemilik perniagaan yang membolehkan penyelesaian bandar pintar, Internet of Things, Analisis Data Besar dan perkhidmatan ICT lain dilaksanakan di Cyberjaya. "Aries Infinity adalah jalur lebar berkelajuan ultra tinggi yang direka bentuk khusus untuk menampung keperluan pelanggan seperti syarikat media, penyedia perkhidmatan Internet (ISP), syarikat multinasional, agensi kerajaan serta perusahaan besar," katanya. Beliau berkata demikian semasa melancarkan perkhidmatan Aries Infinity di sini, sebentar tadi. Pelancaran disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Mengulas lanjut, Zuraidi berkata perkhidmatan Aries Infinity akan diperluaskan ke hab perniagaan lain di Lembah Klang serta bandar utama lain seluruh negara bermula enam bulan akan datang. "Kami berharap dapat berbuat demikian di kawasan terpilih Lembah Klang sebelum hujung tahun hadapan," katanya. Pakej Aries Infinity kini boleh dilanggan pemilik perniagaan di Cyberjaya dengan harga RM5,000 sebulan. Aries Telecoms juga bercadang untuk menyediakan perkhidmatan internet pantas kepada premis kediaman secara berperingkat. Ia sudah melabur kira-kira RM1 bilion bagi membina infrastruktur jalur lebar sejak penubuhannya 20 tahun lalu.

Sumber : berita harian

Ribut hujan lebat di johor, terengganu bukan kerana pembenihan awan..


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengesahkan kejadian hujan lebat dan ribut yang berlaku di Terengganu dan Johor semalam bukan kerana proses pembenihan awan.

Pegawai Jabatan Meteorologi Ambun Dindang berkata kejadian hujan lebat dan ribut tersebut berlaku secara semulajadi.

Jelasnya, proses pembenihan awan pada Isnin adalah tertumpu di kawasan empangan yang terletak di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Semalam, satu video yang viral di Facebook jelas menunjukkan kejadian ribut serta angin kuat berlaku pada sebelah petang di Tangkak, Johor.

Sumber : awani

Monday, 25 April 2016

13 pekara perlu anda tahu jika mahu bagpacker ke jepun


1. Google Maps – cari dan tentukan tempat di mana anda  ingin lawati. Saya cadangkan print semua map2 tersebut dan tandakan semua kawasan yang ingin dilawati. Tentukan kawasan di tengah-tengah semua lokasi yg hendak dilawati dan cuba perhatikan stesen keretapi yang berdekatan. Tandakan nama jalan atau tempat tersebut.

2. Penginapan – Anda boleh layari http://hostelbookers.com bagi melihat rate2 hostel dan hotel serta homestay yang agak murah. Atau untuk lebih mudah dan selesa – layari http://www.airbnb.com atau http://www.wimdu.com. Kedua-dua website tersebut adalah listing “homestay” yg mana bilik2 kosong disewakan di seluruh dunia. Saya bekerja sebagai photographer di kedua-dua syarikat ini. Dan saya sangat rekomenkannya pada puan. Kelebihannya adalah puan akan tinggal bersama “host” atau tuan rumah dan beliau kebiasaanya akan membantu puan dari segi memberi tunjuk arah, panduan tips dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berbesar hati untuk membawa puan berjalan di bandar mereka. Harga lebih murah jika puan sewa dalam jangkamasa panjang. (Sekiranya tidak faham cara booking – sila email saya)

3. Makan Minum – Bawa periuk nasi kecil dan lauk segera(sekiranya tinggal di hostel atau hotel) boleh masak nasik sebelum keluar dan bawa bekal. Sekiranya di bilik hotel, nasi mudah dimasak, dan pek lauk segera boleh direndam di dalam sink dengan membuka paip air panas. Sekiranya tinggal di homestay – sila tanya tuan rumah samada dibenarkan menggunakan dapur (biasanya dibenarkan) namun molek bawak periuk dan pinggan/bekas plastik sendiri.

4. Keretapi – Paling penting di Tokyo adalah untuk menaiki keretapi – ingat keretapi di jepun sangat banyak dan stesen2 bawah tanahnya sangat besar. Jadi bersedia untuk sesat. Tips saya – sila guna Google Maps, tandakan semua stesen berhampiran kawasan yg ingin dilawati. Atau sekiranya ke kedai buku, sila dapatkan map tokyo yang ada route public transport/train yang terkini. Tips – sekiranya confused – sila beli tiket yang paling murah, dan kemudian jika keluar ke stesen sterusnya – sekiranya jumlah harga yg dibayar tidak mencukupi – puan boleh ke kaunter utk membayar perbezaan baki. Jangan membeli tiket mahal sekiranya tidak pasti di stesen mana yg anda akan turun.

5. Makanan Segera – makan dan minum adalah mahal di Tokyo. Sekali makan untuk 2 orang dewasa sekurang-kurangnya Rm100. Jadi bersedia untuk bawak bekal dan makan makanan segera seperti McDonald. Boleh makan fries, dan burger fillet o fish. Selepas makan pastikan tray dihantar ke tempatnya dan bersihkan/kemaskan meja anda.

6. Servis Tips – Tidak perlu memberi tips sekiranya tinggal di hotel kepada bell boy, pemandu teksi dan etc. Tips tidak dipraktikan di Jepun. Sentiasa senyum apabila membuat urusniaga / membeli barangan. Wang akan dikira di hadapan anda (apabila membayar) bagi memastikan jumlahnya cukup dan kemudian bakinya turut dikira di hadapan anda bagi memastikan ianya betul. Sila pastikan ianya betul – jangan selepas dah keluar kedai dan masuk balik memita baki. Itu adalah tidak sopan.

7. Kebersihan Diri – Sentiasa membawa wet tissue atau botol air untuk ke tandas.

8. Pakaian Sesuai – September hingga Mac adalah musim sejuk – pastikan jaket yang sesuai. Suhu biasanya dalam 7-15 darjah celcius (autumn) dan 5-negatif (winter). Sila lihat laman web cuaca sebelum bertolak. Jaket di Malaysia adalah mahal (200-500ringgit sehelai) manakala di Tokyo agak murah iaitu sekitar RM50-RM80. Sekiranya flight puan sampai di sebelah siang di Narita boleh naik ke bahagian atas (perlepasan) dan pergi ke Uniqlo (ada di KL dan KLCc tetapi agak mahal berbanding di Tokyo). Kasut juga adalah penting, pastikan kasut yang sesuai untuk berjalan (walking shoes) dan sekiranya pada musim sejuk, pastikan boot yang sesuai dan seeloknya kalis air. Keselesaan di kaki akan menentukan keselesaan anda keseluruhannya.

9. Adab berjalan – seperti memandu, sentiasa di sebelah kiri dan orang dari hadapan akan lalu disebelah kanan kita. Naik eskalator sila pastikan sentiasa berada rapat di sebelah kiri – biarkan ruang di sebelah kanan kosong utk orang yang nak cepat. (Di Jerman di mana saya tinggal sekarang adalah di sebelah kanan kerana cara pemanduan di sini juga di sebelah kanan jalan)

10. Adab Keretapi – Sila beratur untuk menaiki pengangkutan awam- terutama keretapi. Orang jepun sangat sopan di dalam keretapi, tiada bunyi telefon atau bercakap-cakap (semuanya senyap, membaca atau ber-sms) dan semua nada dering telefon dimatikan. Jika tertumpah air, minuman atau makanan, sila lap atau kutip semua sisa tumpahan. Orang jepun kalau air tumpah di dalam train diorang lap pakai baju (kalau takde tisu)

11. Bagi perokok – tidak boleh merokok di merata-rata tempat, samada di luar ataupun di dalam bangunan. Tidak boleh merokok semasa berjalan di kaki lima kedai di taman-taman dan hampir keseluruhan tempat. Sila cari tanda kawasan merokok, biasanya setiap 100meter sepanjang kaki lima kedai. Tips – tengok tempat orang ramai berkumpul macam tengok orang jual ubat kat pasar malam tu tandanya kawasan merokok

12. Tips Sekuriti – Kawalan keselamatan di airport agak ketat – kadang-kadang anda akan ditahan oleh polis berpakaian biasa di ruang legar selepas puan keluar. Sila pastikan semua dokumen tersedia. Soalan lazim adalah tujuan lawatan, destinasi, tempat tinggal, berapa lama dan sebagainya.

13. Tokyo adalah bandar yang sangat bersih – sila pastikan kebersihan tersebut terjaga.

Diharap tips-tips mudah ini dapat membantu anda membuat persediaan ke Jepun.

PERHATIAN: Kepada yang nak bertanya soalan, sila baca dengan teliti dan fahamkan dan kemudian sila baca semua komen2 di bawah ini terlebih dahulu kerana banyak soalan yang telah saya jawab berulang2 kali di ruangan komen. Sekiranya tiada jawapan kepada persoalan anda barulah bertanya yer. Terima kasih atas kerjasama anda.

Sumber : khairulabdullah.com

Khawin tiket untuk warga asing berniaga


Kota Bharu: Beberapa kedai runcit di negeri ini yang dimiliki warga asing (Pakistan) menggunakan khidmat rakan atau saudara mereka untuk bekerja di kedai mereka, secara haram.

Taktik itu terbongkar apabila enam warga Pakistan ditahan di tiga lokasi berasingan dalam Operasi Ikrar antara jam 4 petang hingga 8 malam Rabu lalu di Lembah Sireh dan Pengkalan Chepa, di sini.

Pemilik kedai runcit warga Pakistan berkenaan berkahwin dengan rakyat tempatan bagi memudahkan mereka berniaga atau membuka kedai di negeri ini.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan Siti Khadijah Hamzah berkata, operasi itu disertai 20 pegawai dan anggota imigresen.

Katanya, seramai 25 individu diperiksa dan enam daripada mereka didapati menyalahgunakan pas masuk dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka yang ditahan dikesan melakukan kesalahan mengikut Perkara 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas atau permit dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit sah.

“PATI ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk tujuan siasatan dan pengesahan,” katanya di sini, semalam.

Siti Khadijah berkata, Imigresen Kelantan tegas dan akan terus melakukan pemantauan serta operasi untuk mengesan PATI yang tiada dokumen terus bekerja secara bebas di negeri ini.

Sumber : metro

Bekas senator AS umum kahwin kaum sejenis

LOS ANGELES: Seorang bekas senator Amerika Syarikat (AS) berusia 90 tahun, Harris Wofford berkata, beliau bakal berkahwin dengan seorang lelaki 50 tahun lebih muda, hampir 20 tahun selepas kematian isterinya, lapor media semalam. Ahli Demokrat, Wofford, yang juga penasihat utama John F. Kennedy dan Martin Luther King Jr., mengumumkan perkahwinannya dengan Matthew Charlton di New York Times, lapor CNN. "Sering kali, masyarakat gemar melabel insan sebagai normal, gay atau di antara," kata Wofford. "Saya tidak meletak kategori pada diri ini berdasarkan jantina insan yang saya sayang. Saya melalui perkahwinan yang indah selama setengah abad bersama seorang wanita yang mengagumkan, dan kini saya bertuah kerana bertemu kebahagiaan untuk kali kedua." katanya. Isteri Wofford, Clare, meninggal dunia pada 1996 selepas menghidap leukemia akut. - AGENSI

Sumber: berita harian