LOS ANGELES: Seorang bekas senator Amerika Syarikat (AS) berusia 90 tahun, Harris Wofford berkata, beliau bakal berkahwin dengan seorang lelaki 50 tahun lebih muda, hampir 20 tahun selepas kematian isterinya, lapor media semalam. Ahli Demokrat, Wofford, yang juga penasihat utama John F. Kennedy dan Martin Luther King Jr., mengumumkan perkahwinannya dengan Matthew Charlton di New York Times, lapor CNN. "Sering kali, masyarakat gemar melabel insan sebagai normal, gay atau di antara," kata Wofford. "Saya tidak meletak kategori pada diri ini berdasarkan jantina insan yang saya sayang. Saya melalui perkahwinan yang indah selama setengah abad bersama seorang wanita yang mengagumkan, dan kini saya bertuah kerana bertemu kebahagiaan untuk kali kedua." katanya. Isteri Wofford, Clare, meninggal dunia pada 1996 selepas menghidap leukemia akut. - AGENSI
Sumber: berita harian
No comments:
Post a Comment