Monday, 25 April 2016

13 pekara perlu anda tahu jika mahu bagpacker ke jepun


1. Google Maps – cari dan tentukan tempat di mana anda  ingin lawati. Saya cadangkan print semua map2 tersebut dan tandakan semua kawasan yang ingin dilawati. Tentukan kawasan di tengah-tengah semua lokasi yg hendak dilawati dan cuba perhatikan stesen keretapi yang berdekatan. Tandakan nama jalan atau tempat tersebut.

2. Penginapan – Anda boleh layari http://hostelbookers.com bagi melihat rate2 hostel dan hotel serta homestay yang agak murah. Atau untuk lebih mudah dan selesa – layari http://www.airbnb.com atau http://www.wimdu.com. Kedua-dua website tersebut adalah listing “homestay” yg mana bilik2 kosong disewakan di seluruh dunia. Saya bekerja sebagai photographer di kedua-dua syarikat ini. Dan saya sangat rekomenkannya pada puan. Kelebihannya adalah puan akan tinggal bersama “host” atau tuan rumah dan beliau kebiasaanya akan membantu puan dari segi memberi tunjuk arah, panduan tips dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berbesar hati untuk membawa puan berjalan di bandar mereka. Harga lebih murah jika puan sewa dalam jangkamasa panjang. (Sekiranya tidak faham cara booking – sila email saya)

3. Makan Minum – Bawa periuk nasi kecil dan lauk segera(sekiranya tinggal di hostel atau hotel) boleh masak nasik sebelum keluar dan bawa bekal. Sekiranya di bilik hotel, nasi mudah dimasak, dan pek lauk segera boleh direndam di dalam sink dengan membuka paip air panas. Sekiranya tinggal di homestay – sila tanya tuan rumah samada dibenarkan menggunakan dapur (biasanya dibenarkan) namun molek bawak periuk dan pinggan/bekas plastik sendiri.

4. Keretapi – Paling penting di Tokyo adalah untuk menaiki keretapi – ingat keretapi di jepun sangat banyak dan stesen2 bawah tanahnya sangat besar. Jadi bersedia untuk sesat. Tips saya – sila guna Google Maps, tandakan semua stesen berhampiran kawasan yg ingin dilawati. Atau sekiranya ke kedai buku, sila dapatkan map tokyo yang ada route public transport/train yang terkini. Tips – sekiranya confused – sila beli tiket yang paling murah, dan kemudian jika keluar ke stesen sterusnya – sekiranya jumlah harga yg dibayar tidak mencukupi – puan boleh ke kaunter utk membayar perbezaan baki. Jangan membeli tiket mahal sekiranya tidak pasti di stesen mana yg anda akan turun.

5. Makanan Segera – makan dan minum adalah mahal di Tokyo. Sekali makan untuk 2 orang dewasa sekurang-kurangnya Rm100. Jadi bersedia untuk bawak bekal dan makan makanan segera seperti McDonald. Boleh makan fries, dan burger fillet o fish. Selepas makan pastikan tray dihantar ke tempatnya dan bersihkan/kemaskan meja anda.

6. Servis Tips – Tidak perlu memberi tips sekiranya tinggal di hotel kepada bell boy, pemandu teksi dan etc. Tips tidak dipraktikan di Jepun. Sentiasa senyum apabila membuat urusniaga / membeli barangan. Wang akan dikira di hadapan anda (apabila membayar) bagi memastikan jumlahnya cukup dan kemudian bakinya turut dikira di hadapan anda bagi memastikan ianya betul. Sila pastikan ianya betul – jangan selepas dah keluar kedai dan masuk balik memita baki. Itu adalah tidak sopan.

7. Kebersihan Diri – Sentiasa membawa wet tissue atau botol air untuk ke tandas.

8. Pakaian Sesuai – September hingga Mac adalah musim sejuk – pastikan jaket yang sesuai. Suhu biasanya dalam 7-15 darjah celcius (autumn) dan 5-negatif (winter). Sila lihat laman web cuaca sebelum bertolak. Jaket di Malaysia adalah mahal (200-500ringgit sehelai) manakala di Tokyo agak murah iaitu sekitar RM50-RM80. Sekiranya flight puan sampai di sebelah siang di Narita boleh naik ke bahagian atas (perlepasan) dan pergi ke Uniqlo (ada di KL dan KLCc tetapi agak mahal berbanding di Tokyo). Kasut juga adalah penting, pastikan kasut yang sesuai untuk berjalan (walking shoes) dan sekiranya pada musim sejuk, pastikan boot yang sesuai dan seeloknya kalis air. Keselesaan di kaki akan menentukan keselesaan anda keseluruhannya.

9. Adab berjalan – seperti memandu, sentiasa di sebelah kiri dan orang dari hadapan akan lalu disebelah kanan kita. Naik eskalator sila pastikan sentiasa berada rapat di sebelah kiri – biarkan ruang di sebelah kanan kosong utk orang yang nak cepat. (Di Jerman di mana saya tinggal sekarang adalah di sebelah kanan kerana cara pemanduan di sini juga di sebelah kanan jalan)

10. Adab Keretapi – Sila beratur untuk menaiki pengangkutan awam- terutama keretapi. Orang jepun sangat sopan di dalam keretapi, tiada bunyi telefon atau bercakap-cakap (semuanya senyap, membaca atau ber-sms) dan semua nada dering telefon dimatikan. Jika tertumpah air, minuman atau makanan, sila lap atau kutip semua sisa tumpahan. Orang jepun kalau air tumpah di dalam train diorang lap pakai baju (kalau takde tisu)

11. Bagi perokok – tidak boleh merokok di merata-rata tempat, samada di luar ataupun di dalam bangunan. Tidak boleh merokok semasa berjalan di kaki lima kedai di taman-taman dan hampir keseluruhan tempat. Sila cari tanda kawasan merokok, biasanya setiap 100meter sepanjang kaki lima kedai. Tips – tengok tempat orang ramai berkumpul macam tengok orang jual ubat kat pasar malam tu tandanya kawasan merokok

12. Tips Sekuriti – Kawalan keselamatan di airport agak ketat – kadang-kadang anda akan ditahan oleh polis berpakaian biasa di ruang legar selepas puan keluar. Sila pastikan semua dokumen tersedia. Soalan lazim adalah tujuan lawatan, destinasi, tempat tinggal, berapa lama dan sebagainya.

13. Tokyo adalah bandar yang sangat bersih – sila pastikan kebersihan tersebut terjaga.

Diharap tips-tips mudah ini dapat membantu anda membuat persediaan ke Jepun.

PERHATIAN: Kepada yang nak bertanya soalan, sila baca dengan teliti dan fahamkan dan kemudian sila baca semua komen2 di bawah ini terlebih dahulu kerana banyak soalan yang telah saya jawab berulang2 kali di ruangan komen. Sekiranya tiada jawapan kepada persoalan anda barulah bertanya yer. Terima kasih atas kerjasama anda.

Sumber : khairulabdullah.com

No comments:

Post a Comment