Tuesday, 31 May 2016

Tak tahu apa yang saya tandatangan - Lionel Messi

Bintang bola sepak Argentina Lionel Messi, yang dijadual untuk dibicarakan di Barcelona membabitkan kes penipuan cukai, memberitahu hakim beliau tidak pernah menyemak semula kontrak yang ditandatangani, lapor akhbar harian El Periodico, semalam.

Akhbar itu memperoleh kenyataan Messi untuk hakim bertarikh September 2013 dan diterbitkan sehari sebelum Pemain Terbaik Dunia Tahunan sebanyak lima kali itu dan bapanya dibicarakan. "Saya menandatangani sesuatu, tetapi saya tidak pernah melihat kontrak itu. Saya tidak tahu apa yang saya tandatangan," katanya.

Messi dan bapanya, Jorge Horacio Messi, didakwa menggunakan satu rangkaian syarikat palsu di Belize dan Uruguay untuk mengelak daripada membayar cukai ke atas 4.16 juta euro (RM19 juta) pendapatan Messi yang diperoleh melalui penjualan hak imejnya sepanjang 2007 hingga 2009. Mereka didakwa ke atas tiga tuduhan penipuan cukai.

Menurut kenyataan yang didakwa diterbitkan akhbar harian Barcelona itu, hakim menunjukkan kepadanya beberapa kontrak penajaan yang ditandatanganinya, tetapi beliau tidak ingat. "Semua ini diuruskan oleh ayah dan saya percaya padanya. Saya hanya menumpukan fokus kepada bola sepak. Saya buat apa yang disuruh." katanya lagi.

Pendakwa Sepanyol menuntut hukuman penjara 22 setengah bulan untuk Messi dan bapanya jika mereka didapati bersalah, ditambah denda bersamaan dengan jumlah yang didakwa ditipu. Akan tetapi berkemungkinan mana-mana hukuman itu akan digantung sebagaimana amalan lazim di Sepanyol untuk kesalahan pertama membabitkan hukuman kurang daripada dua tahun.

Sumber : berita harian

Monday, 30 May 2016

Tonto mampu raih RM10,000 sebulan...


Pasir Puteh: Pemberi maklumat atau tonto sekitar Tok Bali, di sini, didakwa mampu meraih pendapatan hampir RM10,000 sebulan, hanya dengan melaporkan pergerakan pihak berkuasa kepada segelintir pengusaha bot laut dalam dan nelayan asing.

Kumpulan tonto dianggarkan seramai 30 hingga 40 orang itu dipercayai akan memaklumkan terus kepada beberapa tauke ikan seluruh Kelantan yang mengupah mereka termasuk tauke bot laut dalam dari Pahang dan Terengganu yang berpangkalan di Tok Bali.

Hanya menggunakan telefon bimbit, kumpulan itu segera menyalur maklumat sebaik melihat kelibat kapal atau bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 10 keluar dari Jeti APMM Tok Bali.

Modus operandi kumpulan tonto itu cukup mudah iaitu ‘berlakon’ sebagai pemancing ikan di atas Jambatan Tok Bali atau pengunjung pantai ataupun duduk melepak di beberapa wakaf berhampiran muara Tok Bali.

Difahamkan, untuk setiap laporan, mereka boleh memperoleh RM700 hingga RM800 selain menerima komisen minyak dan hasil laut.

Pengarah Maritim DM 10 Kelantan, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menyedari khidmat itu digunakan segelintir pengusaha laut dalam terutama nelayan asing yang takut dicekup kerana menceroboh perairan negara dan menggunakan peralatan menangkap ikan yang dilarang Jabatan Perikanan Malaysia.

“Golongan ini juga tidak mahu dikesan kerana mungkin turut menggunakan tekong atau awak-awak warga asing tanpa lesen sah. Jadi kita tak tolak kemungkinan mereka upah khidmat tonto sebagai ‘informer’.

“Pasukan kami kerap keluar beroperasi tapi tonto ini dipercayai penduduk tempatan berhampiran kerap pula melapor maklumat termasuk yang sulit. Ini yang banyak ganggu urusan kita untuk cegah penyeludup.

“Untuk kesan tonto ini juga agak sukar kerana kekangan aset dan maklumat yang terhad,” katanya dalam lawatan bersama media menaiki kapal KM Jujur di sekitar perairan Tok Bali dan Pulau Perhentian, Terengganu, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Maritim DM 10 Kelantan, Komandan Ismail Hamzah.

Nurul Hizam berkata, selain tonto warga tempatan, nelayan Vietnam yang bekerja secara sah dengan tauke laut dalam turut menjadi ‘duri dalam daging’ kepada APMM.

Katanya, golongan itu dipercayai menjadi sumber maklumat kepada rakan senegara yang menceroboh perairan negara.

“Sebaik kita cuba menjejaki lokasi pencerobohan nelayan asing itu, kelibat mereka langsung tidak kelihatan di lokasi maklumat diterima,” katanya.

Justeru itu, Nurul Hizam memaklumkan, Sahabat Maritim terdiri daripada dalam kalangan nelayan tempatan dan penduduk setempat diperkasa sebagai usaha untuk membanteras kegiatan itu terus berleluasa.

Katanya, Sahabat Maritim akan menjadi mata-mata kepada APMM menyalur maklumat berguna.

Sumber : Harian metro

Friday, 27 May 2016

Kes video viral vip pukul orang "Saya cuba leraikan keadaan tetapi..."


BALING - “Saya cuba leraikan keadaan, tetapi saya pula yang dituduh,” demikian luahan Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Husain yang didakwa memukul seorang pemuda dalam satu insiden pergaduhan di hadapan Aman Central pada 15 Mei lalu, kira-kira jam 5.45 petang.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 33 saat yang memaparkan pergelutan seorang lelaki bersama tiga individu lain dengan salah seorangnya ialah Azmi tersebar luas di media sosial.

Sambil menjelaskan perkara sebenar, Azmi berkata, sebelum kejadian itu berlaku, pemuda yang mendakwa dipukul itu menunjukkan isyarat tidak elok kepada anaknya yang sedang memandu.

Menurutnya, dia yang seolah-olah melakukan provokasi itu kemudiannya bertindak memaki hamun anaknya.

“Saya ketika itu dalam kereta dengan dua lagi anak lelaki. Bila kejadian macam tu berlaku, saya turun kereta dan tanya kenapa dia buat begitu kepada anak saya.

“Namun bila disoal, dia bertindak memaki hamun saya. Salam yang diberi sebelum itu pun tidak dijawabnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Adun Bayu berkata, lelaki itu kemudian bertindak lebih agresif apabila keluar dari kereta dan menendangnya sehingga terjatuh.

“Dua anak yang ketika itu berada dalam kereta keluar untuk mempertahankan saya dari terus dipukul. Siapa yang sanggup tengok ayah mereka dipukul depan mata.

“Jadi berlaku pergelutan antara mereka bertiga, saya yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, tetapi saya ditumbuk oleh lelaki itu,” katanya.

Katanya lagi, lelaki berkenaan juga dilihat cuba memutar belitkan kejadian sebenar apabila menuduh beliau dan anak-anaknya menumbuk teman wanitanya di bahagian dada, tangan kanan dan kiri.

Menurutnya, perkara itu langsung tidak berlaku seperti didakwa, sebaliknya wanita itu mengalami kecederaan apabila ditolak masuk ke dalam kereta oleh pemuda tersebut.

“Saya dan anak-anak langsung tidak sentuh wanita itu, tetapi bila dia keluar dari kereta untuk leraikan pergelutan, dia pula yang ditarik dan ditolak masuk ke dalam kereta oleh lelaki berkenaan.

“Jika ada pihak yang masih ragu-ragu dengan tuduhan ini, sila berikan bukti segera bahawa wanita itu benar-benar ditumbuk,” katanya.

Azmi mendakwa, insiden salah faham yang diviralkan itu adalah  hasil agenda dan perancangan pihak tertentu bagi mencalarkan imej politiknya.

Tanpa ingin mendedahkan siapa pelakunya, beliau mengakui mengenali individu yang cuba memburuk-burukkan imejnya dengan merancang insiden berkenaan.

“Kejadian itu berlaku siap dengan rakaman dari kamera, seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“ALLAH akan bersama orang yang benar, saya yakin dengan janji-NYA,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

“Saya juga akan membuat laporan polis selepas difitnah, sebelum ini kes ini tidak dilaporkan kerana saya hanya meleraikan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu di ALOR SETAR, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pengadu membuat laporan polis pada hari kejadian dan tidak mengenali Adun itu sehingga kes tersebut menjadi viral dalam laman sosial.

Mohd Rozi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber : sinar harian

Thursday, 26 May 2016

Guru dan murid terpaksa menjalani latihan menepuk tangan...


KUALA TERENGGANU -  Video berdurasi 52 saat yang menjadi viral di laman sosial dengan menggambarkan guru dan murid di sebuah sekolah di sini seolah-olah diperbodohkan dengan terpaksa menjalani latihan menepuk tangan selama lima minit, dipolitikkan pihak tertentu agar menjadi isu hangat.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata, perlakuan menepuk tangan pada sesuatu majlis sememangnya ingin dijadikan satu budaya sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih.

Menurutnya, langkah itu seiring dengan tagline 'Memperkasakan Transformasi Pendidikan' (MTP) sejak beliau menjadi pengarah sejak 27 April tahun lalu yang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

"Antara elemen MTP ialah transformasi pengajaran dan pembelajaran, guru, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), pengetua, guru besar dan kemenjadian murid.

"Dalam elemen Transformasi Kemenjadian Murid kita berhasrat melahirkan generasi TTB yang mempunyai ciri-ciri menjaga agama, akhlak, sahsiah, manfaat masa atau ilmu, jujur integriti, bersih, keselamatan diri, budaya sukarelawan, menepati masa, hormat menghormati, kesihatan, sayang menyayangi, saling bantu membantu dan mengejar kecemerlangan," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Menjawab persoalan mengenai arahan supaya pihaknya meminta semua guru dan pelajar menjalani latihan tepuk tangan selama lima minit yang turut menjadi viral, katanya, ia hanyalah satu permintaan dalam grup tertutup antara beliau dan pengetua serta guru besar.

"Permintaan untuk guru bertepuk tangan adalah satu cara menceriakan sesebuah majlis rasmi. Mudah-mudahan amalan yang baik ini akan menjadi ikutan para pelajar.

"Bagaimanapun, saya amat kagum kerana terdapat sekolah yang terus mengaplikasikannya kepada murid contohnya di sekolah yang ke-297 dan 298 yang saya lawati, (SK Bukit Guntong dan SMA Mahmudiah) saya menerima tepukan gemuruh daripada guru-guru dan murid-murid apabila meraikan kejayaan mereka," katanya.

Beliau berkata, elemen Transformasi Kemenjadian Murid memperkenalkan budaya memberi salah, berterima kasih, memberi penghargaan kepada sesiapa yang memberi sesuatu kepada kita dengan memberikan tepukan.

"Budaya warisan berzaman ini segar dalam amalan hidup ke arah kesejahteraan bermasyarakat," katanya.

Sumber: sinar harian

Wednesday, 25 May 2016

Kereta Klon : 4 pekara yang anda perlu tahu dan cara mengenal kereta klon...


Ramai yang terpinga-pinga apabila mengetahui mereka telah terbeli kereta klon, malah lebih teruk, menerima saman atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Empat soalan di bawah dapat membantu anda memahami sedikit sebanyak tentang apa itu kereta klon, dan bagaimana mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

APA ITU PENGKLONAN KERETA?
Identiti kereta anda dicuri oleh penjenayah dan digunakan pada kenderaan lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengklonan kereta juga dibuat oleh mereka yang melakukan kesalahan trafik dan enggan membayar saman.

BAGAIMANA PENGKLONAN KERETA DIBUAT?
Penjenayah akan memindahkan nombor pendaftaran dan nombor casis palsu, lazimnya daripada kereta yang mengalami kerosakan penuh (total lost) akibat kemalangan, kepada kereta klon.

Kereta klon kemudiannya diberikan identiti baharu dengan segala dokumen disediakan seperti cukai jalan dan geran kenderaan untuk urusan jual beli.

BAGAIMANA MAHU MENGENAL PASTI JIKA ANDA MENJADI MANGSA?
Anda menerima notis saman kesalahan trafik yang anda tidak pernah lakukan.

Anda diminta memberi keterangan atas 'pembabitan' kereta itu dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Anda ditahan ketika sekatan jalan raya dan diberitahu kereta anda adalah kereta klon.

CARA ELAK DARIPADA JADI MANGSA?
Ambil tahu perkembangan harga kereta semasa. Jangan beli jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada sepatutnya.

Periksa segala dokumen yang diberikan. Lebih baik, bawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan periksa kesahihannya.

Sumber : astro awani

Kudat: Tindakan seorang wanita yang tertidur ketika memasak dipercayai punca


Kudat: Tindakan seorang wanita yang tertidur ketika memasak dipercayai punca menyebabkan 250 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air di Kampung Landung Ayang Laut di sini, awal pagi kelmarin.

Susulan kejadian jam 4.50 pagi itu menyebabkan hampir 222 keluarga membabitkan 1,316 penghuni hilang tempat tinggal, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Mohiddin Abdul Majid berkata, siasatan awal dijalankan mendapati kebakaran dipercayai berpunca dari dapur gas yang terbakar ketika pemiliknya memasak.

“Setakat ini, siasatan awal mendapati kejadian kemungkinan berpunca daripada kelalaian seorang wanita yang memasak sebelum tertidur menyebabkan dapur gas itu terbakar sebelum merebak dan memusnahkan 250 rumah lain.

“Wanita berusia 40-an itu dipercayai sudah melarikan diri sebaik kebakaran berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu.

“Kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kudat Sapdin Ibrahim berkata, semua mangsa kini ditempatkan di khemah yang didirikan di kawasan padang Sekolah Kebangsaan (SK) Landung Ayang.

“Semalam (kelmarin) kita sudah mendirikan 10 khemah dan hari ini (semalam) kita akan mendirikan 20 khemah bagi bagi menempatkan semua mangsa. Kita juga menyediakan makanan dan minuman kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga mendapati pelbagai bantuan daripada kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Wanita UMNO Bahagian Kudat dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Sumber: Harian Metro

Tuesday, 24 May 2016

Pebble Kembali Ke Kickstarter Dengan Peranti Generasi Terbaru...

Pebble terus meluncur menelusuri arus modenisasi. Selepas mencipta kemegahan menerusi jam tangan Pebble generasi pertama pada 2012, kini mereka sekali lagi pulang ke Kickstarter untuk menjaja 3 produk baharu mereka iaitu Pebble 2, Time 2 dan Pebble Core.



pebble core

Pebble Core adalah produk bukan jam tangan pintar pertama daripada syarikat itu. Peranti berbentuk kiub yang lebih kecil daripada tapak tangan itu mempunyai sambungan Bluetooth, 3G, Wi-Fi, serta sensor GPS. Ia serba boleh dan dijalankan oleh sistem operasi Android dan mampu bergerak sendiri tanpa perlu ditambat pada hos.

Apabila bersambung pada Internet melalui sambungan Wi-Fi mahupun 3G, ia boleh memainkan muzik daripada perkhidmatan strim seperti Sportify. Sambungan Bluetooth digunakan untuk bersambung pada jam tangan pPebble atau set fon kepala dengan fungsi Bluetooth. Sensor GPS mengesan dan merekod sesaran, lokasi dan boleh menghantar isyarakt kecemasan SOS apabila pemakai berada dalam situasi genting.

Baterinya menyediakan sehingga 9 jam waktu operasi bergantung pada gaya penggunaan. Ia dicas menggunakan kabel USB atau pun secara wayarles. Mikrofon juga disediakan untuk merakam idea penting semasa bersukan.

Dua varian disediakan khas untuk pengguna tertentu. Varian sukan adalah versi asas manakala varian hacker memberikan akses kepada SDK khas untuk digunakan pembangun membangunkan aplikasi tertentu. Harga pengenalan bagi kiub pintar ini adalah 69 dolar A.S (RM ~283) dan akan meningkat kepada 99 dolar A.S (RM ~406) selepas dipasarkan kelak.


pebble 2

Pebble 2 adalah penyambung legasi jam tangan pintar pertama mereka. Buat pertama kalinya ia hadir dengan sensor pengesan nadi. Seperti biasa, ia mempunyai ciri-ciri kalis air sehingga 30 meter. Paparan e-paper padanya amat jelas dan terang walaupun berada dalam limpahan cahaya matahari. Menerusi perisian penjejak langkah dan pola tidur, ia merekodkan data berkaitan untuk naik ke komputer.

Mikrofon pada sebelah sisi digunakan untuk memberi arahan suara pada peranti. Baterinya boleh bertahan sehingga 7 hari. Sebanyak lima warna disediakan iaitu hitam, kelabu, hijau firus, merah, dan hijau muda. Harga pengenalan jam tangan ini adalah 99 dolar A.S (RM ~406) dan akan menjadi 129 dolar A.S  (RM ~529) selepas kempen Kickstarter tamat.


pebble time 2

Pebble Time 2  memiliki segala fungsi yang ada pada Pebble 2 kecuali pada paparannya. Pada skrinnya terdapat e-paper bewarna dan 53% lebih luas berbanding jam tangan generasi pertama. Satu bateri penuh dimaklumkan boleh menggerakkan peranti ini 10 hari lamanya. Ia hadir dalam tiga warna iaitu emas, hitam, dan perak. Ia dijual pada harga 169 dolar A.S (RM ~694) dan 229 dola A.S (RM ~640) apabila dikomersialkan kelak.

Pihak Pebble sungguh-sungguh mensasarkan jam tangan kali ini kepada golongan yang kerap bersukan. Bukan sahaja ia menyediakan sensor nadi, malah membangunkan satu perisian khas untuk memaksimumkan penggunaan jam tangan pintar itu semasa bersukan. Pebble Health sarat dengan ciri-ciri menarik yang boleh diterokai.

Penjadualan & Penetapan Matlamat (Adaptive Goal & Scheduling) memastikan sasaran yang pengguna tetapkan tercapai. Untuk tujuan itu, ia berintegrasi ke dalam kalendar digital pengguna untuk memberi peringatan sekiranya terdapat sesi sukan yang tertinggal. Jika ingin menganalisis prestasi kerja keras, perisian itu boleh enjana graf dan data-data berkaitan akan dipersembah dalam bentuk yang mudah difahami. Data seperti purata waktu bangun tidur langkahan seharian dan kalori terbakar dapat dipaparkan dengan mudah. 

Sumber: Theskop.com

Monday, 23 May 2016

9.6 peratus kes bankrup kerana kad kredit...


Kuala Lumpur: Hanya 1,770 daripada 18,457 kes bankrap yang direkodkan pada 2015 akibat kegagalan membayar hutang kad kredit.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, berdasarkan statistik Bank Negara Malaysia (BNM) bagi 2011-2015 kebanyakan kes bankrap khususnya pada 2014 dan 2015 disebabkan pinjaman peribadi diikuti isu sewa beli kenderaan.

Katanya, bagi menangani isu kebankrapan membabit kad kredit, pelbagai langkah diperkenalkan oleh BNM antaranya memastikan hanya pemohon yang layak iaitu mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun diberi kelulusan.

"Melalui langkah ini menunjukkan statistik kadar kelulusan tidak setinggi sampai 80 hingga 90 peratus sebaliknya di bawah kawalan iaitu hanya 50 hingga 60 peratus saja," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah kerajaan dalam mengawal penggunaan kad kredit dalam kalangan golongan muda, memandangkan jumlah hutang mereka melebihi gaji diterima.

Datu Nasrun juga ingin tahu apakah inisiatif kerajaan dalam memastikan jumlah isi rumah ini terkawal memandangkan hutang isi rumah adalah yang tertinggi di Asia memandangkan statistik terkini BNM, dianggarkan sebanyak 62 peratus daripada hutang isi rumah adalah untuk tujuan pengumpulan aset.

Chua berkata, jumlah hutang isi rumah Malaysia terkini pada akhir Disember 2015 adalah RM1.03 Trilion (80 peratus daripada sistem perbankan dan 20 peratus daripada institusi kewangan bukan bank).

Katanya, daripada jumlah itu, 62.6 peratus adalah untuk tujuan pengumpulan aset iaitu pembelian harta tanah dan pelaburan dalam aset kewangan.

"BNM melaksanakan pelbagai langkah progresif bagi membendung kenaikan hutan isi rumah sejak 2010.

"Menerusi pelbagai langkah kawalan, kadar pertumbuhan hutang isi rumah menurun kepada 7.3 peratus pada akhir Disember 2015 berbanding 14.2 peratus pada 2010," katanya.

Sumber : HM

Kawasan rumah setinggan paling mahal...


Di satu sudut yang dikelilingi pencakar langit di Shanghai, China, terdapat satu kawasan antara paling berharga di dunia yang dipenuhi habuk dan sampah.

Kawasan kejiranan Guangfuli adalah impian setiap pelabur hartanah kerana kedudukannya di pasaran hartanah paling mahal.

Bagaimanapun, realitinya kawasan itu umpama mimpi ngeri kepada pemaju.

Beratus-ratus penduduk enggan berganjak dari rumah usang mereka, walaupun selepas diarah pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan itu sejak 16 tahun lalu bagi membolehkan projek pembinaan baru dilaksanakan.


Luo Baocheng, antara penduduk yang tinggal di bangunan apartmen tiga tingkat bersama keluarganya di Guangfuli berkata, rumah itu diwarisi daripada ibunya.

Menurutnya, syarikat pemaju, Xinhu Zhongbao, yang mahu tanah itu dikosongkan enggan membayar pampasan sebanyak 4.2 juta yuan (RM3.4 juta), yang didakwanya setimpal dengan nilai rumah berkenaan.

“Mereka memberitahu saya tidak mempunyai sijil hak milik hartanah. Saya sudah tinggal di sini sejak 32 tahun lalu. Adakah rumah ini bukan milik saya?” katanya.

Pemaju dilaporkan menawarkan penduduk Guangfuli apartmen di Jiading, tetapi kawasan itu lebih jauh daripada tempat tinggal mereka ketika ini.

Lebih malang lagi, rumah itu bukan diberi percuma.

Sumber : HM

Cip pada betteri samsung curi data? Ini penjelasanya...


Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Khirul Nizam Abd Rahman memaklumkan bahawa tayangan klip video berkenaan adalah berkemungkinan tidak benar memandangkan cip tersebut dikenali sebagai antenna Near Field Communication (NFC).

Menurut beliau, NFC berfungsi bagi membolehkan pengguna bertukar data atau maklumat dengan peralatan lain yang turut mempunyai teknologi berkenaan seperti telefon pintar dan sebagainya.

Selain itu, Khirul memaklumkan bahawa NFC juga berfungsi sama seperti teknologi Bluetooth di mana pengguna perlu mendekatkan telefon pintar bagi membolehkan berlakunya pertukaran data serta ianya memerlukan kebenaran daripada pengguna terlebih dahulu.

Tambahnya, masyarakat tidak perlu gusar memandangkan kecurian data dengan menggunakan NFC adalah mustahil sama sekali, namun mereka perlu berjaga-jaga kerana pada masa kini, terdapat pelbagai aplikasi yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan untuk mencuri maklumat pengguna lain.

Sunday, 22 May 2016

Jangan biar peri ais ini kosong.....


BERMULA dengan kisah ramai mahasiswa mengikat perut, sekumpulan sukarelawan terpanggil mengasaskan projek Peti Ais Wakaf di dua buah masjid melalui Ummiku Sayang Charity Team (UKS), awal tahun ini.

Menurut salah seorang sukarelawannya, Sali Suhaimi berkat usaha dan bantuan beberapa pihak, UKS berjaya mengumpulkan dana untuk membeli dua buah peti ais.

“Kebanyakan kami tinggal di Shah Alam, jadi, projek ini bermula di Masjid Negeri Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah) dan kami kembangkan pula ke Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, setiap hari UKS memperuntukkan RM200 untuk setiap peti ais dan makanan yang disediakan pula mudah untuk dimakan seperti nasi goreng, nasi lemak, roti dan sebagainya.

“Projek ini sebenarnya serampang dua mata kerana selain memberi kepada yang memerlukan, kami juga memberi pendapatan kepada ibu-ibu tunggal serta pembuat roti yang bekerja dari rumah.

“Lima hari kami menggunakan khidmat ibu-ibu tunggal dan pembuat roti manakala lagi dua hari kami mengambil roti dari Gardenia dengan harga diskaun yang dihantar  terus ke dua peti ais ini,” katanya.

Selain mengumpul dana dari kalangan ahli UKS, mereka juga mengumpul dana dari orang awam melalui akaun bank.

Malah orang ramai juga boleh membantu dengan meletakkan makanan terus di dalam peti ais di kedua-dua lokasi itu.

Baru-baru ini, tinjauan Sinar Online di Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam mendapati setakat jam 10 pagi, peti ais sudah kelihatan hampir kosong.

Menurut petugas keselamatan di masjid tersebut, Khairul, 50, dalam sehari biasanya peti ais ini diisi sebanyak dua kali iaitu pada jam 10 pagi dan selepas waktu Maghrib.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada projek Peti Ais Wakaf melalui akaun Maybank 562674203011 atas nama Bendahari UKS, Rosniah Mohamed Roslan atau menyumbang makanan terus peti ais tersebut.

Keutamaan Meringankan Beban Seorang Muslim-Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia, maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari Kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan, maka ALLAH akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat." [Shahih, HR. Muslim no. 2699].

Sumber : SH

Saturday, 21 May 2016

Peramugari ramal kematian sendiri...


Kaherah: Empat bulan selepas menjadi pramugari dengan EgyptAir pada Mei 2014, Samar Ezz Deen memuatnaik ke dalam laman Facebooknya gambar menunjukkan seorang pramugari berjalan di dalam air sambil menarik beg sementara imej sebuah kapal terbang menjunam kelihatan di belakang.


Samar, 27, ialah antara 66 orang yang terbunuh Khamis lalu apabila pesawat Airbus A320 milik EgyptAir terhempas di Laut Meditteranean selepas berlepas dari Paris untuk penerbangan menuju Kaherah.

Enam kru lain, tiga kakitangan keselamatan dan 56 penumpang adalah antara mangsa.

Secara kebetulan, Samar mati tepat dua tahun selepas menjadi kakitangan syarikat penerbangan kebangsaan Mesir itu.

Seorang rakan, Tamer Abdou berkata, Samar seolah-olah sudah meramalkan kematiannya.

Sumber : HM

Facebook buka pejabat di malaysia sebagai langkah...

KUALA LUMPUR: Facebook (FB), firma laman sosial gergasi terus memperkukuhkan kehadirannya di rantau Asia Tenggara apabila mengumumkan pembukaan pejabat cawangannya di Malaysia. Naib Presiden FB Asia Pasifik, Dan Neary, berkata pejabatnya di pusat perniagaan utama di KL Sentral, di sini sebagai langkah memperkemaskan lagi jalinan hubungan antara pengguna rangkaian laman sosial itu di Malaysia. Menurutnya, pembukaan pejabat berkenaan yang diketuai Nicole Tan menandakan usaha FB membantu syarikat di Malaysia memperkukuhkan perniagaan menggunakan platform media sosial. Neary dalam taklimatnya kepada media tempatan pagi tadi berkata, Malaysia kini merekodkan 18 juta pengguna FB dengan sekurang-kurangnya 13 juta aktif pada setiap setiap hari. "Jumlah itu juga menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi di Asia Tenggara. Pengguna FB di Malaysia mengatasi Thailand, Filipina dan Indonesia," katanya. "Asia Tenggara adalah rantau paling pantas berkembang bagi Facebook dengan Malaysia negara yang mempunyai kadar penembusan mobile iaitu 144 peratus, ia terarah kepada pertumbuhan. "Facebook dilihat mempunyai momentum yang kukuh dengan lebih 18 juta pengguna Facebook dan 6.5 juta pengguna Instagram. "Setiap bulan, lebih 241 juta orang menggunakan Facebook di serata Asia Tenggara dengan 94 peratus daripada mereka melayarinya menerusi telefon (mobile) manakala secara global, 1.65 bilion ketika ini menggunakan Facebook," katanya. Turut hadir pada taklimat khas media itu ialah Pengarah Urusan Facebook Rantau Asia Tenggara, Kenneth Bishop. Sebelum di Malaysia, negara terbaharu kehadiran FB di rantau Asia Tenggara ialah di Manila, Filipina yang dibuka pada 20 April lalu. Nicole sebelum ini adalah Pengarah Urusan di J.Walter Thompson (JWT) Malaysia, sebuah syarikat pengiklanan dengan mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri barangan pengguna laris (FMGC), teknologi dan sektor automotif.

Sumber : BH

Friday, 20 May 2016

Warga emas tawar anggota polis khidmat seks didenda..

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Rabu lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid juga memerintahkan Norbibah Shamsudin, 60, dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda itu.

Wanita itu yang tidak bekerja didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan kepada anggota polis itu di hadapan kedai buah di Jalan Sultan, Dang Wangi, di sini pada 8.50 malam, 18 Mei lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang hadir ke mahkamah memakai baju kurung dan bertudung labuh berwarna biru, memohon hukuman ringan.

Sumber : SH

Tuesday, 17 May 2016

Peniaga dalam talian mungkin kena cukai tahun depan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan untuk mengenakan cukai ke atas perniagaan dalam talian pada tahun depan, sejajar kepesatan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini. Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata kementerian sudah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan kajian terperinci mengenai perkara itu. Malah, katanya, pihak LHDN sudah menubuhkan Bahagian Perniagaan dan Perdagangan Dalam Talian, turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan itu. "Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai. Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Forum Sektor Awam - Pembaharuan Kewangan Bagi Pembangunan Ekonomi Asia, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Mohd Irwan berkata, pihaknya juga berhasrat memastikan syarikat perniagaan dalam talian untuk berdaftar dengan pihak SSM. "Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang mereka peroleh," tegasnya. Beliau berkata, kajian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan pendapatan pemandu teksi/kenderaan perkhidmatan Uber dan Grab boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh dikenakan cukai. Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000. Terdahulu, ketika berucap, Mohd Irwan berkata, kerajaan kekal komited kepada inisiatif pengukuhan fiskal dalam usaha memantapkan kedudukan kewangan serta bagi mencapai sasaran bajet seimbang pada 2020. Beliau turut menyuarakan rasa optimisnya bahawa hutang kerajaan dapat berada di paras kurang 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). "Kita berharap dapat merendahkan lagi paras itu kepada kurang 50 peratus menerusi langkah pengurangan pembaziran serta perbelanjaan secara berhemat, namun ini pastinya akan memakan masa," katanya. Mengulas tindakan melindungi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik kerajaan, beliau berkata kementerian kini bekerjasama untuk melaksanakan penggubalan akta Syarikat Milik Kerajaan dan GLC (SOGA). Jelasnya, SOGA bertujuan memantapkan GLC dan memacu ekonomi domestik dan pada masa sama membolehkan syarikat berkenaan kekal berdaya saing baik di peringkat tempatan serta global.

Sumber : bh

Monday, 16 May 2016

Menyamar jadi pengemis, wartawan yakin mampu kaut RM15,000 sebulan...


KUALA LUMPUR, 13 Mei — Penyamaran dua wartawan akhbar di sini sebagai peminta sedekah berjaya membongkar betapa lumayannya hasil yang dapat dikutip melalui kegiatan itu.

Hasil penyamaran dua wartawan Harian Metro selama dua setengah jam mendapati kutipan yang mereka peroleh lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja keras sehari-hari.

“Dalam masa dua jam setengah dengan tiga lokasi berlainan, sebanyak RM183 berjaya dikumpul hasil mengemis bermula 12.30 tengahari hingga 2.30 petang.

“Dalam tempoh hampir tiga jam pun sudah RM183, jika enam jam sehari mengemis mungkin mampu memperoleh lebih RM500 dan jika sebulan jumlahnya RM15,000,” lapor akhbar itu.

Tinjauan wartawan berkenaan mendapati mereka yang menghulurkan wang biasanya berjumlah antara RM1 dan RM10.

Katanya, keprihatinan masyarakat menyebabkan masalah pengemis di ibu kota sukar diselesaikan walaupun pelbagai usaha sudah dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kami membayangkan sekiranya pengemis sepenuh masa memperoleh jumlah yang sama kami dapat melalui penyamaran, sudah pasti kehidupan mereka lebih mewah berbanding golongan berkerjaya,” lapor akhbar itu lagi.

Wang yang dikutip wartawan tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam tabung masjid.

Lebih 50 maut disambar petir... baca selanjutnya...

Gambar hiasan

DHAKA - BANGLADESH. Lebih 50 maut di seluruh Bangladesh akibat dipanah petir dalam tempoh dua hari lalu, kata polis.

Memetik laporan BBC, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia adalah petani yang sedang bekerja di sawah padi.

Mangsa lain termasuk dua orang pelajar di Dhaka yang maut dipanah petir ketika bermain bola sepak manakala seorang remaja lelaki meninggal dunia ketika memetik buah mangga.

Pakar berkata, peningkatan suhu dan penerokaan hutan berkemungkinan menjadi faktor.

Kira-kira 90 terbunuh akibat dipanah petir sejak Mac berbanding 51 mangsa pada tahun 2015, lapor Voice of America.

Ketua Pengurusan Bencana Bangladesh, Mohammad Riaz Ahmed memberitahu, peningkatan jumlah kematian akibat dipanah petir amat membimbangkan.

"Ribut petir diramalkan berpanjangan hingga akhir bulan ini," katanya.

Ribut tropika kerap melanda Bangladesh menjelang dan semasa musim tengkujuh yang berlangsung sehingga Jun hingga September.

Sumber : SH

Sunday, 15 May 2016

Kafe Hipster lahir usahawan muda... baca selanjutnya..


KAFE hipster seperti cendawan tumbuh selepas hujan sejak kebelakangan ini menjadi pilihan golongan muda kerana suasana kafe yang lebih moden, kontemporari dan klasik serta memberikan keselesaan kepada pengunjungnya.

Kebanyakan kafe hipster melahirkan usahawan muda yang mampu menjana pendapatan jutaan ringgit. Mengetengahkan dekorasi ringkas, menu mudah disediakan dan dikaitkan dengan kopi dan 'dessert', ia akan menjadi pilihan pelanggan.

Ia sinonim dengan cita rasa anak muda dan dipelopori mereka kerana melihat ia sebagai satu perniagaan makanan dan minuman yang berpotensi untuk kekal lama dan berkembang.

Walaupun, ia dianggap perniagaan mengikut trend, bagi pengusaha kafe ini, mereka berkeyakinan ia akan menjadi satu perniagaan besar sekiranya bijak merencanakan perniagaan dan berani menghadapi pelbagai cabaran.

Ramai pengusaha kafe hipster berjaya dalam perniagaan mereka dan terus kekal kerana mereka kreatif, berinovasi, berpandangan jauh serta berusaha untuk kukuh dalam perniagaan ini.

Tawar pelbagai jenis menu
Kebanyakan kafe hispter menyediakan pencuci mulut (dessert), makanan santai dan pelbagai jenis kopi, namun uniknya kafe hispter yang dikenali sebagai Trackem Cafe & Restaurant (Trackem) kerana menyediakan masakan panas.  Mengetengahkan dekorasi batu bata merah melatari seluruh kafenya, Trackem mula beroperasi sekitar hujung tahun lalu menjadi tumpuan kerana dekorasinya menarik dan menyediakan makanan Barat dan Asian yang sedap.

Pengarah Urusannya, Muhammad Shamil Ashraf Mohd Amin, 22 berkata, Trackem diinspirasikan daripada pengembaraannya sebagai pengayuh basikal yang mengunjungi beberapa kafe dalam dan  luar negara.

Menurutnya, kebanyakan kafe hanya menyediakan minuman dan kek, namun Trackem mempunyai identitinya yang sendiri kerana menyediakan pelbagai jenis menu dari Barat, Itali dan Asian kepada pengunjung.

"Kami menyasarkan pelajar universiti, pekerja pejabat dan keluarga. Kami juga mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan bagi memastikan Trackem kukuh dalam industri ini.

“Bermodalkan RM200,000, saya mengusahakan restoran ini bersama kakak, Nur Illyana Shazmin Mohd Amin. Walaupun perlu bersaing dengan restoran yang unik di sekitar Shah Alam, saya yakin Trackem mempunyai peminat yang tersendiri kerana selain menu yang sedap, kami mengenakan harga yang berpatutan,” katanya.

Shamil Ashraf berkata, keunikan makanan yang disediakan menambat hati pelanggan kerana pelanggan akan kembali semula selepas mengunjungi kafe itu.

“Ia terletak di kawasan Seksyen 13, Shah Alam yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan beberapa institusi pengajian tinggi. Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diterima menggalakkan dan kebanyakan pelanggan memilih menu Barat.

“Antara yang terkenal ialah Mac n Cheese, Lamb Shank yang mana dagingnya diimport dari New Zealand, Mr Sirloin Steak, Signature Trackem Steak dan Trackem Ribs. Minuman yang menjadi pilihan pelanggan pula ialah Bubblegum dan Nutella Hot Chocolate,” katanya yang menyediakan lebih 50 menu kepada pelanggannya.

Inspirasi perniagaan orang muda
Bagi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Chemistery Cafe, Intan Syafina Abd Rahman,28, berkata, kafe hipster merupakan ideanya sebagai orang muda untuk bertapak dalam industri makanan dan minuman di negara ini yang diinspirasikan dari Australia.

Bermodalkan simpanan sendiri, Intan Syafina berani menyahut cabaran terlibat dalam perniagaan kafe hipster yang dianggap baharu pada 2014 di negara ini.

"Saya bermula pada Mei 2014 dan tidak banyak kafe hipster pada waktu itu. Saya berpendapat, perniagaan kafe hipster adalah batu loncatan untuk berkembang dan menjadi budaya baharu kepada anak-anak muda bersosial secara sihat," katanya.

Tambahnya, walaupun kafe hipster dianggap sebagai perniagaan mengikut trend bagi sesetengah pihak, Intan Syafina, optimis ia menjadi platform terbaik pelanggannya yang terdiri daripada mereka berkerjaya, pelajar dan berkeluarga menikmati makanan dan minuman sambil bersosial.

"Kami menyediakan lebih 40 menu yang terdiri daripada makanan santai dan Barat dan 80 jenis minuman yang disediakan di kafe yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Bangi; Selangor dan cawangan baharu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Selain menyediakan suasana yang selesa kepada pelanggan, saya menitikberatkan soal makanan dan minuman yang disediakan serta kafe bertemakan makmal yang merupakan pertama di Asia. Bagi mengukuhkan perniagaan ini, saya menyediakan menu dan minuman baharu pada setiap bulan supaya memberikan kelainan kepada pelanggan.

"Saya juga sedaya upaya memenuhi kehendak pelanggan terutamanya penggemar kopi dengan menyediakan pelbagai jenis kopi serta menggunakan mesin yang diimport dari Itali dan Amerika Syarikat," katanya yang merancang pembukaan 20 outlet baharu dalam masa tiga tahun akan datang bersama rakan kongsinya, Zuhairy Zakaria.

Sumber : SH

Polis temui pistol dalam kenderaan safee sali... baca selanjut nya...


KUALA LUMPUR: Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekata n jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari. Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan. Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Safee sebelum ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung semalam. "Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya. "Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Wanita dihukum penjara, sebat jikan memeriksa telefon suami..


RIYADH - ARAB SAUDI. Wanita Arab Saudi berdepan risiko penjara dan disebat jika disabitkan bersalah memeriksa telefon suami tanpa pengetahuan dan kebenaran.

Ia tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah negara itu, sebaliknya dilihat sebagai melanggar urusan peribadi, lapor Agensi.

Menurut peguam Mohammed Al-Temyat, yang memperkenalkan diri sebagai anggota Program Keselamatan Keluarga kerajaan Arab Saudi, wanita boleh dihadapkan ke mahkamah jika saman difailkan terhadap mereka.

Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 2005 untuk memperbaiki akses kepada perkhidmatan sosial.

Tiada hukuman diperuntukkan untuk kesalahan itu kerana ia tidak tertakluk dalam undang-undang Islam, sebaliknya hukuman boleh dikenakan menurut budi bicara hakim, bermakna mereka boleh dipenjarakan.

"Saya mahu menjelaskan subjek ini membabitkan suami dan isteri dan ia adalah kesalahan ta'zir. Jadi, ada kemungkinan pesalah disebat, denda, penjara, menandatangani perjanjian atau tiada hukuman langsung.

"Ia kesalahan ta'zir yang tidak diiktiraf secara rasmi, jadi hukuman bergantung kepada masalah yang wujud. Jika tiada masalah, tiada hukuman dijatuhkan," katanya kepada akhbar Makkah.

Sumber : SH

Saturday, 14 May 2016

Video wanita kencing dalam lif viral...

Tindakan tidak senonoh seorang wanita membuang air kecil dalam lif memakan dirinya sendiri apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.

HONG KONG - CHINA . Tindakan tidak senonoh seorang wanita membuang air kecil dalam lif memakan dirinya sendiri apabila kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, wanita itu kini bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan wanita itu dan juga rakannya yang turut berada dalam lif berkenaan.

Memetik laporan sama, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya menunggu di hadapannya.

Sesudah menyelesaikan 'urusannya', lelaki dan wanita tersebut keluar secara tergesa-gesa dari lif.

Insiden tersebut yang mengambil tempat ‎di sebuah pusat beli-belah di bandar besar itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang terus menerus menggesa pihak berkuasa mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan tersebut.

Sumber : SH

Sultan Johor titah isytihar cuti peristiwa jika JDT menang

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada esok jika pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi.

"Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti).

"Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber: berita harian

Bayar gaji guna anak ayam


Gambar hiasan

NUKUS - UZBEKISTAN. Sebuah bandar di sini membayar gaji guru sekolah dengan anak ayam dan bukannya wang tunai, lapor BBC.

Pihak berkuasa di Nukus, dalam autonomi Republik Karakalpaskstan memberikan anak ayam yang baru menetas sebagai gaji kerana kekurangan wang di bank.

Seorang guru menggambarkan keputusan itu sebagai memalukan.

"Tahun lalu, mereka membayar gaji kami dengan kentang, lobak merah dan labu.

"Tahun ini mereka memaksa kami untuk mengambil anak ayam dan bukannya gaji," katanya.

Tambah guru itu lagi, jika mereka perlukan ayam, mereka boleh membeli di pasar dengan kadar yang lebih murah.

Sementara itu, sumber lain berkata, anak ayam yang diberi bernilai $2.50 (RM10) setiap seekor untuk tujuan pembayaran gaji iaitu lebih dua kali ganda mahal dari kadar harga pasaran tempatan.

Dalam pada itu, Kerajaan Uzbekistan mengawal ketat media tempatan dan penduduk yang bercakap kepada media asing biasanya tidak akan mendedahkan namanya.

Negara itu bergelut dengan masalah kekurangan wang tunai untuk beberapa tahun menyebabkan kelewatan pembayaran pencen dan gaji.

Awal bulan ini, kakitangan kerajaan di Tashket mangadu mereka tidak dibayar gaji selama dua bulan kerana bank tidak mempunyai wang.

Sumber : sinar harian

Friday, 13 May 2016

Ramlah (kiri) mencium tangan Mohd Yassin sebaik selesai majlis akad nikah di kediamannya di Kampung Kedai Buluh, di sini, semalam.

KUALA TERENGGANU - Setelah hampir setahun hidup berseorangan selepas kematian suami, nenek kepada 11 orang cucu akhirnya bertemu jodoh dengan pasangannya dan selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali keempat.

Ramlah Omar, 70, melangsungkan perkahwinan bersama Mohd Yassin Sulong, 75 di kediamannya di Kampung Kedai Buluh, di sini.

Pada majlis itu, pasangan lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM2,000, sebentuk cincin, kain sembahyang dan beberapa hantaran lain yang turut menyerikan lagi suasana majlis.

Pasangan itu selamat disatukan oleh jurunikah, Manan Ali dari Kampung Undang sekitar jam 10 malam tadi (semalam) di hadapan kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat, saudara dan jiran yang hadir dan turut memeriahkan suasana majlis akad nikah itu.

Menurut Ramlah, sebelum ini dia juga ada niat untuk berkahwin kerana sunyi hidup seorang diri, tetapi mungkin belum tiba masanya lagi.

“Tok ada niat untuk mendirikan rumah tangga setelah kematian suami, tetapi mungkin ketika itu belum bertemu jodoh yang sesuai.

“Alhamdulillah, akhirnya ada pasangan yang sesuai dengan Tok untuk menghabiskan sisa-sisa hidup,” katanya.

Sementara itu, anak angkat Ramlah, Zaimah Dollah, 40, berkata, dia tidak menyangka pertemuan secara tidak sengaja antara Ramlah dan Manan di Kampung Sungai Serai, Kampung Binjai Rendah akhirnya membawa kepada pertemuan antara dua hati pasangan itu.

“Mulanya, saya bersama anak-anak dan mak saya ke Taman Awam Lagun, Kuala Ibai untuk teman anak mandi-manda, tetapi cuaca ketika itu agak panas dan orang ramai jadi kami membatalkan niat untuk mandi-manda di situ dan pergi ke Kampung Sungai Serai.

“Kebetulan hari pun hampir petang dan anak-anak masih ingin mandi-manda, jadi, kebetulan ketika itu ayah (pengantin lelaki) ada di kawasan itu dan menegur kami. Jadi dari situlah bermulanya pertemuan antara pasangan ini,” katanya.

Zaimah berkata, perkahwinan itu sedikit sebanyak dapat mengubati kesunyian Ramlah kerana sebelum ini, ibu angkatnya itu hanya tinggal sendirian setelah ketiga-tiga anaknya besar dan telah berumah tangga.

“Kalau sebelum ini saya menemani dia kerana saya tinggal dan menyewa berdekatan kediamannya. Setelah dia berkahwin mungkin akan mengisi kesunyiannya sebelum ini.

“Saya harap dia dapat dijaga dengan baik dan berharap agar dia akan selalu bergembira dengan perkahwinan ini,” katanya.

Zaimah berkata, ketika pertemuan pertama pasangan itu, Mohd Yassin yang mempunyai 25 cucu juga baharu sahaja kematian isteri dan turut mengakui sunyi hidup seorang setelah enam anaknya telah dewasa dan berkeluarga.

“Mungkin itu adalah salah satu faktor yang menjadi titik tolak kepada penyatuan hati pasangan ini dan kami sebagai ahli keluarga berbesar hati dengan kehadiran ayah baharu dalam keluarga ini,” katanya.

Sumber : sinar harian

Bomba bantu tanggalkan sepana pada alat sulit...


Gambar hiasan.

NEW SOUTH WALES - AUSTRALIA. Seorang lelaki terpaksa mendapat bantuan bomba untuk menanggalkan sepana yang tersangkut pada alat sulit.

Lelaki yang berasal Tweed Heads di Australia, dimasukkan ke hospital selepas cubaan untuk mengeluarkan alat sulitnya yang bengkak dari sepana gagal.

Pihak bomba terpaksa memotong sepana tersebut menggunaka alat pemotong.

Pegawai Kanan Bomba, Peter Sutherland memberitahu The Courier Mail berkata, insiden tersebut bukan sesuatu yang luar biasa.

"Ia sangat berbahaya kerana membiarkan terlalu lama untuk mendapatkan pertolongan, mungkin kerana mangsa berasa malu dan akan boleh mengeluarkannya sendiri," katanya.

Sumber : sinar harian

Thursday, 12 May 2016

Berikut disenaraikan harga terkini telefon pintar terbaru

Berikut disenaraikan harga terkini telefon pintar/smartphone/handphone terbaru yang telah dan masih berada dipasaran Malaysia

# harga Bulan April 2016

APPLE IPHONE
● Apple iPhone 6S Plus : RM3699 (16GB) / RM4199 (64GB)  / RM4699 (128GB) [Baru]
● Apple iPhone 6S : RM3199 (16GB) / RM3699 (64GB)  / RM4199 (128GB) [Baru]
● Apple iPhone 6 Plus : RM2999 (16GB) / RM3499 (64GB)  / RM3100 (128GB)
● Apple iPhone 6 : RM2599 (16GB) / RM3099 (128GB)
● Apple iPhone SE : RM1950 (16GB) / RM2450 (64GB) [Baru]
● Apple iPhone 5S : RM1400 (16GB)

ASUS
● Asus Zenfone 2 Deluxe : RM1800 (128GB, 4GB RAM) / RM1400 (64GB) / RM1200 (32GB)
● Asus Zenfone 2 Laser : RM600 (5', 16GB, 2GB RAM) / RM750 (5.5', 16GB, 2GB RAM)
● Asus Zenfone 2 Laser : RM1050 (6.0', 16GB, 3GB RAM)
● Asus Zenfone 2 : RM1280 (64GB, 4GB RAM) / RM1100 (32GB, 4GB RAM)
● Asus Zenfone Zoom : RM2100 (128GB, 4GB RAM) [Baru]
● Asus Zenfone Selfie : RM990
● Asus Zenfone Max : RM800 [Baru]
● Asus Zenfone Go : RM300 (8GB, 1GB RAM) / RM500 (16GB, 2GB RAM)
● Asus Zenfone C Enhanced : RM420
● Asus Zenfone C : RM290
● Asus Zenpad 10 : RM1150
● Asus Zenpad 8 : RM800 (16GB, 2GB RAM)
● Asus Zenpad C : RM490 (16GB, 1GB RAM)
● Asus Memopad 8 LTE : RM790 (16GB, 2GB RAM)

BLACKBERRY
● BlackBerry Priv : RM3550 [Baru]
● BlackBerry Passport : RM1850
● Blackberry Classic Q20 : RM1050
● BlackBerry Leap : RM800
● BlackBerry Z3 : RM550

HUAWEI
● Huawei Nexus 6P : RM2700 (64GB, 3GB RAM) [Baru]
● Huawei Mate S : RM2700 [Baru]
● Huawei Mate 8 : RM2100 [Baru]
● Huawei Mate 7 : RM1900
● Huawei P8 : RM1800
● Huawei P8 Lite : RM900
● Huawei P7 : RM1000 [Baru]
● Huawei G8 : RM1500
● Huawei Honor 7 Enhanced : RM1500 (32GB, 3GB RAM) [Baru]
● Huawei Honor 7 : RM1300  (16GB, 3GB RAM) [Baru]
● Huawei Honor 6 Plus : RM1350 (32GB, 3GB RAM)
● Huawei Honor 6 : RM950 (16GB, 3GB RAM)
● Huawei Honor 5X : RM900 [Baru]
● Huawei Honor 4X : RM650
● Huawei Honor 4C : RM550
● Huawei MediaPad M2 8.0 : RM1500
● Huawei MediaPad T1 7.0 : RM490
● Huawei Y6 : RM570 
● Huawei Y5C : RM350

HTC
● HTC One A9 : RM2100 [Baru]
● HTC One M9 Plus : RM2200
● HTC One ME : RM1600 [Baru]
● HTC One E9 Plus : RM1650
● HTC One E9 : RM1100 [Baru]
● HTC Nexus 9 : RM1900
● HTC Desire 826: RM1200
● HTC Desire 820S: RM900
● HTC Desire 728: RM800 [Baru]
● HTC Desire 626G: RM700 [Baru]
● HTC Desire 526G: RM550

LENOVO
● Lenovo Vibe X3 : RM1750 [Baru]
● Lenovo Vibe S1 : RM1000 [Baru]
● Lenovo Vibe P1 Turbo : RM1300 [Baru]
● Lenovo Vibe P1 : RM1000 [Baru]
● Lenovo Vibe P1m : RM590 [Baru]
● Lenovo Vibe Shot Z90 : RM1200
● Lenovo Vibe K4 Note : RM1000 [Baru]
● Lenovo PHAB Plus : RM1050
● Lenovo PHAB : RM700
● Lenovo P90 : RM750
● Lenovo P70 : RM500
● Lenovo A7000 Plus : RM600
● Lenovo A6010 : RM590
● Lenovo A6000 Plus : RM450
● Lenovo Tab 2 A710 : RM800
● Lenovo Tab 2 A850 : RM650
● Lenovo Tab 2 A730 : RM500 

LG
● LG G4 : RM1690
● LG G3 : RM1250 (Import)
● LG G Flex 2 : RM1200 (Import)
● LG Nexus 5X : RM1300 (16GB) / RM1650 (32GB) (Import)

XIAOMI
● Xiaomi Mi Note Pro : RM1900 (64GB, 4GB RAM)
● Xiaomi Mi Note : RM1550 (64GB, 3GB RAM)
● Xiaomi Mi 4 : RM1100 (4G) / RM970 (3G)
● Xiaomi Mi 4i : RM940 (32GB)  / RM800 (16GB)
● Xiaomi Mi Pad : RM700 (16GB, 2GB RAM) / RM900 (32GB, 3GB RAM)
● Xiaomi Redmi Note 3 : RM850 (32GB, 3GB RAM) [Baru]
● Xiaomi Redmi Note 2 : RM650 (16GB)
● Xiaomi Redmi 2 Enhanced : RM500 (16GB, 2GB RAM)
● Xiaomi Redmi 2 : RM400 (8GB)

MOCROSOFT
● Microsoft Lumia 950 XL : RM3000
● Microsoft Lumia 950 : RM2300
● Microsoft Lumia 550 : RM550 [Baru]
● Microsoft Lumia 532 : RM300 [Baru]
● Microsoft Lumia 430 : RM400
● Microsoft  Lumia 640 XL : RM780
● Microsoft  Lumia 640 : RM700
● Nokia 230 : RM260 
● Nokia 222 : RM200

ONEPLUS
● OnePlus Two : RM1750
● OnePlus One : RM1400
● OnePlus X : RM1250

OPPO
● Oppo F1 Plus : RM1900 [Baru]
● Oppo F1 : RM1090 [Baru]
● Oppo N3 : RM2100 [Baru]
● Oppo R7 Plus : RM2100
● Oppo R7S : RM1600
● Oppo R7 Lite : RM1000
● Oppo R1X : RM1000
● Oppo Neo 7 : RM700 [Baru]
● Oppo Neo 5S : RM700
● Oppo Neo 5 2016 : RM500 [Baru]
● Oppo Joy 3 : RM400

SAMSUNG
● Samsung Galaxy S7 Edge : RM3000 (32GB) [Baru]
● Samsung Galaxy S6 Edge Plus : RM2900 (32GB)
● Samsung Galaxy S6 Edge : RM3000 (64GB) / RM2500 (32GB)*
● Samsung Galaxy S6 : RM2100 (32GB)*
● Samsung Galaxy Note 5 : RM2400 (32GB)*
● Samsung Galaxy Note Edge : RM2600*
● Samsung Galaxy A8 : RM1700
● Samsung Galaxy A7 2016 : RM1800 [Baru]
● Samsung Galaxy A7 : RM1300
● Samsung Galaxy A5 2016 : RM1500 [Baru]
● Samsung Galaxy A5: RM1000
● Samsung Galaxy A3 2016 : RM1200 [Baru]
● Samsung Galaxy A3 : RM800
● Samsung Galaxy J7 : RM900
● Samsung Galaxy J2 : RM550
● Samsung Galaxy J1 Ace : RM390
● Samsung Galaxy V Plus : RM290
● Samsung Galaxy Tab A 9.7 : RM1300
● Samsung Galaxy Tab A 8 : RM1050
● Samsung Galaxy Tab S2 9.7' : RM1850
● Samsung Galaxy Tab S2 8.0' : RM1650
● Samsung Galaxy Ace Style : RM500

SONY
● Sony Xperia Z5 Premium: RM2700
● Sony Xperia Z5 : RM2400
● Sony Xperia Z5 Compact: RM2150
● Sony Xperia M5 Dual : RM1350
● Sony Xperia M4 Aqua Dual : RM900
● Sony Xperia C5 Ultra : RM1290
● Sony Xperia C4 : RM1200

* Hanya senarai harga bagi telefon yang telah dan masih berada dipasaran Malaysia sahaja yang akan dipaparkan. Senarai model terbaru telefon dan lain-lain jenama akan ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa.

** Kami tidak menjalankan sebarang urusniaga jual beli. Harga yang dipaparkan diambil dari pelbagai sumber dan mungkin sedikit berbeza dengan harga jualan di pasaran.

*** Harga yang dipaparkan adalah untuk Original set kecuali dinyatakan (AP/Import) dan harga adalah termasuk cukai GST 6%

Apple disenarai jenama paling bernilai di dunia.


WALAUPUN Apple mengalami penurunan keuntungan tahun ini sejak 13 tahun , namun ia bukan penghalang untuk dinamakan sebagai jenama paling bernilai.

Forbes mengeluarkan senarai tahunan bagi lima jenama yang bernilai dan kesemuanya didominasi oleh syarikat teknologi.

Menyusul selepas Apple, ialah Google, Microsoft, Coca Cola dan Facebook.

Walaupun bergelut jualan iPhone yang membawa kepada kejatuhan dalam pendapatan, Apple disenaraikan masih bernilai $154 billion (RM615b) 106billion) - hampir dua kali ganda daripada Google iaitu $82.5 billion (RM 33.1b).

Syarikat-syarikat teknologi lain yang turut tersenarai ialah IBM, Samsung dan Amazon.

Sementara itu, Pensyarah pemasaran dan pakar penjenamaan, Wharton School, Universiti Pennsylvania, David Reibstein memberitahu Forbes, jenama memberi nilai kepada syarikat yang diperoleh dari bagaimana pelanggan melihat mereka.

"Apa yang menjadikannya berharga dari perspektif syarikat adalah pelanggan sanggup membayar harga yang lebih tinggi atau lebih cenderung untuk membeli.' katanya dipetik Metro.UK

Sumber : sinar harian

Isu TMJ: 'Ini hanya salah faham kata Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR - Isu berhubung telefon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dicuri dengar dan pergerakannya dipantau cawangan khas adalah hanya salah faham.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, pagi tadi beliau sudah pergi menghadap Tunku Mahkota Johor di Istana Bukit Pelangi, Johor, dalam pertemuan kira-kira satu jam untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

“Sebenarnya ini adalah sedikit silap faham..tiada apa dan saya sudah jelaskan kepada Tunku.

“Tiada apa-apa masalah dan saya katakan di sini, ini hanya salah faham,” katanya kepada pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Rugbi Piala Rujirawongse 2016, di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand, di Pulapol, dekat sini, petang tadi.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan, Tunku Mahkota Johor mendakwa pihak berkenaan (cawangan khas) juga turut membuka fail mengenai beliau dan ayahandanya di Bukit Aman.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengulas berhubung penahanan seramai 20 individu di Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Lahad Datu.

Katanya, penahanan itu adalah sebahagian operasi polis dalam membersihkan kawasan itu daripada kegiatan jenayah rentas sempadan selain menangkap dalang-dalang yang membantu penjenayah dari Selatan Filipina.

Selain itu, susulan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Veteran Tentera, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju yang mendakwa Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus mengancam untuk menyerang dan menembaknya.

“PDRM akan menyiasat jika benar dakwaan tersebut dan jika ada pelanggaran syarat-syarat senjata api, tindakan akan diambil,” katanya.

Sumber : sinar harian

Wednesday, 11 May 2016

Sirim rekabentuk label mempelam harumanis


PADANG BESAR - Kerajaan Perlis mengambil langkah proaktif meminta SIRIM merekabentuk label khas mempelam harumanis demi memelihara kepentingan pengusaha ikon Perlis itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali berkata, pelabelan Harumanis Perlis dengan logo SIRIM, bertujuan mencegah penipuan oleh peniaga.

"Kita telahpun mengadakan rundingan dengan SIRIM supaya membuat label khas dan berharap label itu dapat digunakan pada musim tahun hadapan sesuai dengan Harumanis Perlis yang telah dipatenkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksi majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) kontrak pemasaran Mangga Perlis dan Rock Melon antara FAMA dan pengusaha projek buah-buahan itu di Kampung Guar Panji di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Bakri kemunculan pelbagai jenis mangga menggunakan nama 'harumanis' menjejas imej Perlis sebagai pengeluar utama buah tersebut.

"Dalam usaha kita memastikan hanya buah berkualiti dipasarkan, timbul harumanis tipu, harumanis tong dam, harumanis Indonesia dan harumanis Thailand.

"Bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan...ialah mengenakan label khas pada produk tersebut dengan dikawal oleh agensi seperti Jabatan Pertanian dan FAMA," kata Ahmad Bakri.

Katanya kemerosotan pengeluaran mempelam itu akibat fenomena el-Nino menyebabkan harganya mencecah sehingga RM40 sekilogram namun Jabatan Pertanian Perlis menetapkan harga di ladangnya tidak melebihi RM25 satu kilogram.


Ahmad Bakri berkata pemilik kebun yang telah menanam mempelam Sala (Perlis Sunshine) tidak digalak menggantikannya dengan harumanis kerana mempelam Sala mempunyai pasaran tersendiri walaupun harga ladang cuma RM3 sekilogram.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan), Mansor Omar berkata FAMA dengan kerjasama Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertindak mendidik dan menasihat para peniaga di kawasan tertentu termasuk Kuala Lumpur mengenai hakcipta Harumanis Perlis.

Sumber - sinarharian

Kecoh!! Penumpang mengamuk simbah air panas kepada pramugari AirAsia

Suasana kecoh dalam pesawat AirAsia akibat tindakan dari dua orang penumpang pesawat berkenaan.

Suasana kecoh dalam pesawat AirAsia akibat tindakan dari dua orang penumpang pesawat berkenaan.
BANGKOK - THAILAND. Penerbangan Thai ke China terpaksa berpatah balik ke Bangkok setelah seorang penumpang menyerang seorang pramugari dengan menyimbah air panas, menurut syarikat penerbangan itu hari ini.

Menurut kenyataan penerbangan tambang murah AirAsia Thai, penumpang dari China menyewa penerbangan ke Nanjing memarahi kru pesawat sebelum menyimbahnya dengan air panas.

Kapten dan anak kapal kemudiannya memujuk penumpang berkenaan untuk berbincang di pejabat lapangan terbang selepas mendapati perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat.

Media China melaporkan mi segera turut dilempar bersama air panas tersebut.

Dalam satu klip video kelihatan seorang lelaki mengancam untuk meletupkan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun kenyataan syarikat penerbangan tidak menyatakan ancaman berkenaan.

Sumber - Sinarharian

Tuesday, 10 May 2016

Tiada lesen memandu tak kena kompaun tetapi terus ke mahkamah


KUALA LUMPUR, Khamis – Polis memberi amaran keras kepada orang ramai, khususnya mereka yang ditahan kerana memandu tanpa memiliki lesen yang sah, tiada lagi saman dan kompaun sebaliknya mereka akan terus dihadapkan ke mahkamah.

Tindakan tegas yang bermula bulan lalu itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya memiliki lesen yang sah dan tiidak mengambil mudah perkara itu, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Mahamad Akhir Darus.

Sehubungan itu, kompaun RM300 yang sebelum ini dikenakan terhadap pemandu yang ditahan kerana tidak memiliki lesen yang sah mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan, tidak akan dikeluarkan lagi.

Mahammad Akhir berkata, tindakan itu bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pemandu untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

“Tujuan utama kita bukan hendak membebankan rakyat dengan mengutip wang mereka yang sesetengah individu tidak kisah akan dendanya, tetapi sebagai mendidik masyarakat terutama pengguna jalan raya.

“Harus diingat sebahagian besar kemalangan yang telah berlaku adalah disebabkan oleh golongan pemandu atau penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen dan selalu melanggar peraturan jalan raya,” katanya

Monday, 9 May 2016

Kembalikan kuasa Agong, Raja untuk perkenan RUU - Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU 7Mei Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.

Baginda bertitah, langkah itu adalah perlu kerana tidak wajar sekiranya kuasa itu dihadkan atau dihapuskan.

Sultan Ibrahim bertitah, ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai 'rubber stamp' untuk menurunkan cap mohor terhadap undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya tahu perkara ini berlaku di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri tetapi tidak di Johor.

"Saya berharap perkara ini dapat diperbetulkan," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia, di sini hari ini.

Baginda merujuk kepada Perkara 40 (1A) dan Perkara 66 (4A) Perlembagaan yang dibuat oleh Parlimen yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat kerajaan.

Pindaan itu turut membabitkan Fasal (3) Perkara 43A; memotong Fasal (6) Perkara 55; Perkara 65; dan Perkara 66 mengenai kuasa memperkenan Yang di-Pertuan Agong mengenai rang undang-undang yang sudah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pada Mei 1994, sebanyak 44 perkara termasuk tiga jadual dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Berangkat sama ke perasmian persidangan itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S.A. Vigneswaran dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Sultan Ibrahim bertitah, sesuatu undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri hanya boleh berkuat kuasa selepas diperkenan Raja dan oleh yang demikian, tidak boleh tidak, hubungan antara Raja, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif adalah saling melengkapi antara satu sama lain dalam membentuk sesebuah pentadbiran kerajaan negeri yang cekap dan berkesan.

Baginda bertitah, peranan Raja dalam hal ehwal negeri juga adalah penting selain daripada peranan yang dimainkan oleh Badan Eksekutif, Speaker dan ahli Dewan sendiri.

Sultan Ibrahim bertitah, bahawa Yang Dipertua atau Speaker mesti mempunyai ilmu pengetahuan mendalam mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh sesebuah negeri dan bukan sekadar mahir mengenai peraturan-peraturan mesyuarat sahaja.

Titah Sultan Johor, baginda percaya, walaupun Yang Dipertua atau Speaker mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama, namun mereka berhadapan dengan suasana persekitaran dan anggota Dewan yang berbeza.

Menurut baginda, peranan Yang Dipertua atau Speaker dalam menguruskan persidangan Parlimen atau DUN bukanlah tugas mudah kerana ia tidak dinyatakan dengan terperinci di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Tambahan pula, apabila berhadapan dengan anggota Dewan yang berbeza parti politik, Speaker Dewan mestilah bersikap adil dan neutral dalam memberi peluang kepada anggota Dewan menyerati perbahasan," titah baginda sambil mengingatkan anggota Dewan supaya menjaga imej dan menggunakan tutur kata sopan ketika berbahas.

Sumber : Utusan

Sunday, 8 May 2016

Samsung - mempatenkan kanta mata sebagai medium penyimpanan yang mampu mengawal imej seperti kamera


Google Glass ialah peranti yang sepatutnya merubah bagaimana peranti pintar digunakan oleh manusia. Paparan di hadapan masa sepanjang masa dan kamera terbina membebaskan pengguna dari tirani memegang peranti di dalam tangan. Umum diketahui projek Google Glass gagal mencapai sasaran dan kini direhatkan bagi memperbaiki rekaannya. Samsung nampaknya ingin membangunkan peranti yang mempunyai kemampuan seperti Glass tetapi tidak akan kelihatan dengan mudah dengan mata kasar. Ini adalah kerana peranti pintar mereka ini ialah sebuah kanta lekap.

Paten-Kanta-Lekap-Pintar-Samsung-2Paten kanta lekap pintar ini dipatenkan oleh Samsung pada tahun 2014 dan hanya disedari kewujudannya baru-baru. Samsung berharap dengan pemasangan terus pada mata, pengguna tidak perlu memakai cermin mata khas pada bahagian kepala. Kanta lekap pintar ini boleh memaparkan imej terus pada anak mata dan ia dikawal dengan pergerakan serta kelipan mata.

Seperti biasa paten tidak bermakna ia akan dihasilkan di dunia sebenar. Tetapi penggunaan kanta lekap pintar ini akan membuatkan dunia fiksyen sains semakin menghampiri dunia sebenar. Kanta lekap seperti ini ada di dalam permainan The Division. Ia membolehkan pemakai melihat peta 3D yang terpapar menggunakan teknologi AR dan berfungsi sebagai H.U.D untuk memudahkan navigasi.

Empat puluh tahun yang lalu idea sebuah komputer kecil mudah alih yang boleh memuat turun maklumat adalah fiksyen sains di dalam siri TV Star Trek. Kini ia sudah wujud dan digunakan oleh berbillion manusia. Siapa tahu mungkin anak cucu kita akan mempunyai peranti pintar yang dilekap terus pada mata kelak.


Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 13 kategori yang dipertandingkan:


Neelofa Bolot Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2015

Turut memenangi anugerah Pengacara TV Popular, akhirnya Neelofa telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2015 setelah mendapat sebanyak 212,829 undian. Kemenangan itu membolehkan Neelofa membawa pulang hadiah berupa sebuah Volkswagen Passat.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 13 kategori yang dipertandingkan:

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2015: Neelofa

Artis Baru Wanita Popular Mira Filzah
Artis Baharu Lelaki Popular – Sufi
Penyanyi Wanita Popular – Adira
Penyanyi Lelaki Popular – Aizat Amdan
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Wings
Artis Versatil Popular – Ifa Raziah
Artis Komedi Popular – Abam
Pengacara TV Popular – Neelofa
Pelakon TV Wanita Popular – Emma Maembong
Pelakon TV Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular – Fathia Latiff
Pelakon Filem Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Fauziah Dato’ Ahmad Daud

KATEGORI ONLINE

Personaliti Media Sosial Popular – Lara Alana
Artis Trending Popular – Ayda Jebat
Artis Youtube Popular – Siti Nordiana
Artis Ikon #Respek Popular – Datuk Aznil Nawawi
Artis Aksi Selfie Popular – Saharul Ridzwan

2 lagi trak Mack untuk KMJ 2016

   

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan memperkenalkan dua lagi trak Mack yang akan menyertai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016.

Sultan Ibrahim memperkenalkan dua trak itu sempena Prapelancaran KMJ 2016 di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan taklimat ringkas yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim; Ketua Sekretariat KMJ 2016; Kapten Fahmy Yahya dan Pegawai Turus Trafik Kontinjen Johor, Deputi Superintendan Ibrahim Mat Som.

Ismail berkata, KMJ 2016 akan berlangsung pada 14 hingga 17 Mei ini, membabitkan laluan sejauh 842 kilometer di semua 10 daerah di negeri ini.

"Majlis pelepasan akan bermula di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seterusnya ke Kulai, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian," katanya.